Hamleys Mohon Maaf Di Facebook Rasmi, Jelaskan Polisi Syarikat

Kuala Lumpur – Kedai permainan Hamleys pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor.

Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.

Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.

Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan seksis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.

Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat.

Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut.

hamley's

Orang ramai terutamanya yang beragama Islam turut memberi pelbagai reaksi kepada twit yang dimuatnaik Rosyam, malah ada yang pernah mengalami pengalaman yang sama. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.