Emma Putus Dengan Zizan, Kamal Adli Jadi Pengganti?

Kuala Lumpur – Hubungan antara dua pelakon dan juga pelawak popular tanahair, Zizan Razak dan juga Emma Maembong dikatakan telah terputus sejak sebulan lalu.

Satu gosip yang boleh dipercayai menyatakan hubungan antara kedua-dua artis yang kian menjulang nama dipersada seni tanahair ini mula goyah selepas Emma sering menolak daripada menjawab persoalan perkahwinan antara mereka berdua.

Rumus yang lebih menguatkan lagi gosip tersebut ialah apabila status yang menerusi aplikasi Whatsapps Emma sejak sebulan lalu kepada seorang wartawan hiburan dilihat mencurigakan.

Desas desus turut mengatakan, Emma kini sudah ada pengganti Zizan.

Lelaki tersebut merupakan seorang pelakon iaitu Kamal Adli yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Intan Ladyana.

Bagaimanapun, sekiranya benar gosip itu, ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan lebih-lebih lagi apabila hubungan mereka sudah heboh diperkatakan di media-media massa.

Akan tetapi, menerusi status terbaru di Instagram, Emma ada memuat naik gambar-gambarnya yang seolah-olah bersedih. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.