Bilik Pegawai Penyiasat IPK Kuala Lumpur Terbakar

Kuala Lumpur – Sebuah bilik pegawai penyiasat di bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), nyaris musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, sebanyak 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pudu dihantar ke lokasi kejadian.
“Kami menerima panggilan kira-kira jam 11.28 malam dan tiba lima minit kemudian.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.40 malam,” katanya dalam satu kenyataan media.
Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat. – AntaraPos

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.