8 Anggota Batalion Ke-17 RAMD Kemalangan Dilaporkan Stabil

Tawau – Lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terbabit dalam nahas jalan raya di Lahad Datu, semalam, dilaporkan stabil.

Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig. Jeneral Subari Tomo berkata, tujuh anggota itu dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala seorang lagi di Hospital Tawau.

“Anggota yang dirawat di Hospital Tawau, Mohamad Hardi Hafiz Othman telah menjalani pembedahan hari ini dan doktor memaklumkan beliau dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah, 14 anggota lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, seorang anggota RAMD terkorban, apabila trak yang dinaiki 23 anggota rejimen itu, terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8 Jalan Silabukan, dekat Kampung Biuang, Lahad Datu.

Koperal Mohd Farouk Bahar, 29, dari Yong Peng, Johor meninggal dunia pada jam 11.15 pagi semalam, di Hospital Lahad Datu. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.