Dapat Keputusan UPSR 6A, Nenek Rakam Detik Cucu Menangis Di Pusara Ibu

KUALA LUMPUR – Tiada yang lebih menyayat hati apabila orang tersayang tidak sempat merai kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikecapi.

Bagi seorang murid tahun enam dikenali sebagai “Ila”, tiada apa yang boleh diungkapkannya melainkan membawa keputusan peperiksaan 6A ke perkuburan ibunya di Permatang Pauh.

Melalui beberapa foto, Aishah Mat Akat, nenek murid itu sempat merakam detik air mata cucunya bercucuran ketika menziarahi pusara berkenaan.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang di sisi opah. Perjalananmu masih jauh. Jika mama ada di sisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga denganmu.

“Teruskan perjuanganmu. Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan. Opah yakin Ila akan berjaya satu hari nanti,” coret nenek pelajar itu di Facebook.

Foto tersebut dikongsi lebih 5,300 kali. Ramai pengunjung yang tersentuh dengan hantaran itu mengucap tahniah dan memberi kata-kata perangsang agar “Ila” untuk terus maju.

“Tabahkanlah hatimu dik, teruskan usaha semoga berjaya untuk dunia akhirat. Semoga Allah memberkati serta mempermudahkan segala urusanmu Dik!,” kata Nick Amart Mat Nor.

“Tahniah dik. Semoga menjadi anak dan cucu yang solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Insyaallah Ibumu menantiknmu di syurga. Aamiin,” kata Shahrizan Haris pula

“Tahniah dik. Jangan putus asa.Teruskan kehidupan seperti biasa. Al-Fatihah,” tulis Tommy Franklins.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.