VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengundi Pakatan Harapan (PH) meluahkan perasaan mengenai isu ICERD yang semakin memuncak ketika ini dengan berkata, kaum Cina sudah hidup aman damai di Malaysia dan tidak perlu membangkitkan isu perkauman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama kaum di negara ini.

Lelaki yang berusia 40an berasal dari Kampung Sungai Siput itu berkata, sekiranya isu perkauman terus dimainkan, dibimbangi PH bakal kehilangan penyokong mereka.

Selain itu, lelaki terbabit turut melabelkan pimpinan tertinggi yang menyokong ICERD sebagai bodoh kerana tidak menangani isu ini dengan baik.

“Saya seorang Cina dari Malaysia, umur 40an dari kampung Sungai Siput. Bahasa ‘no problem’, berkawan dengan India, Cina dan Melayu, semua kawan-kawan baik. Tak pernah bergaduh sesama kaum. Tapi, masa kini selepas PH menang, agak-agaklah, saya terasa kalau orang lain nak mainkan isu kaum, anda harus berhentikan isu ini. Orang yang bodoh tak boleh jadi menteri, tahu? Kepada yang menyokong PH, menjadikan isu ini sebagai isu politik, aku rasa orang dalam PH adalah bodoh.

“Saya sokong PH, kenapa kalian diam sahaja? Buat apa melaga-lagakan orang Malaysia? Tak malu ke? Sudah berkuasa, nak jadi raja? Kita, orang Cina di Malaysia sudah aman, jangan sampai kita nak membantah PH,” kata lelaki Cina itu.

Dia turut memetik nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dahulunya menentang sekerasnya isu perkauman dimainkan tetapi berdiam diri ketika ini selepas menjadi Menteri.

“Seperti DAP, kenapa menyokong ICERD? Kalau orang Cina, buat kerja seperti orang Cina. Buat apa tunjuk kaum-kaum itu inilah (mainkan isu kaum). Kau ingat kau berkuasa, seronok ke? Menentang sesiapa pun?

“Patutnya keluar membantah orang-orang dalam Jabatan Perdana Menteri ini. Lim Guan Eng tak berani bersuara lantang, minta bapa anda keluar. Dulu anak-beranak ini menentang habis-habisan perkauman, kenapa sekarang tidak lagi ke? Dah jadi menteri, jadi lain?,” katanya.

Isu ICERD mendapat perhatian yang serious dari pelbagai pihak kerana cubaan melaga-lagakan kaum di negara ini.

Ia bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberi cadangan dan menyokong ICERD diratifikasikan bagi membolehkan semua kaum mendapat hak sama rata di Malaysia. – Suara.TV

 

2 thoughts on “VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.