Sultan Ibrahim Berkenan Lantik Tunku Iskandar Raja Muda Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda Baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Tuanku Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60 di Istana Besar, Johor Bahru hari ini.

“Sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, maka saya sebagai Raja dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja, telah berkenan untuk melantik, menjadikan dan menggelar Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.

“Oleh itu, mulai dari saat ini, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail adalah merupakan waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor, iaitu orang yang menyusul kemudian daripada waris,” titah Baginda.

Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 62 individu. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.