Nilai Ringgit Dijangka Turun Lebih Rendah Tahun Depan – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kenaikan kadar faedah AS, ketidaktentuan matawang renminbi serta harga minyak mentah dunia, akan mempengaruhi pergerakan ringgit untuk tempoh selanjutnya.

Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia, Julia Goh, berkata nilai mata wang tempatan itu dijangka mencecah paras RM4.22 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan berikutan ketidaktentuan faktor luaran.

Beliau berkata, ketidaktentuan persekitaran luaran dan peningkatan ketegangan konflik perdagangan AS-China akan menjejaskan pertumbuhan Asia dan sekali gus memberi kesan kepada prestasi mata wang.

“Kami jangka kadar faedah AS yang lebih tinggi dan pengukuhan dolar AS pada tahun depan. Justeru, ringgit dijangka terus bergerak sejajar dengan mata wang Asia lain, yang mana dijangka lemah berbanding dolar AS,” katanya pada taklimat media mengenai tinjauan ekonomi Malaysia tahun depan, di sini, hari ini.

Mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2019, Goh berkata, pihaknya mengunjurkan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif meskipun berdepan peningkatan konflik perdagangan AS-China dan ketidaktentuan dasar yang mungkin menyebabkan pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Beliau berkata, UOB Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.8 peratus bagi tahun ini dan tahun depan.

“Malaysia tidak terkecuali daripada ketidaktentuan global. Bagaimanapun, ekonomi negara ini akan disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan domestik yang utuh.

“Pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini juga mengemukakan beberapa langkah fiskal yang positif untuk mengukuhkan perbelanjaan pengguna dan menggalakkan pertumbuhan,” katanya.

Mengenai inflasi, Goh berkata, pihaknya mengunjurkan kadar inflasi 1.2 peratus tahun ini dan 2.0 peratus tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan kekal pada paras semasa, 3.25 peratus sehingga separuh pertama tahun depan.

Mengenai harga minyak, Goh berkata, UOB Malaysia menjangkakan harga minyak mentah dunia berlegar antara AS$75 hingga AS$80 setong tahun depan berikutan sekatan terhadap eksport minyak Iran. – BH

One thought on “Nilai Ringgit Dijangka Turun Lebih Rendah Tahun Depan – Penganalisis

  • November 27, 2018 at 10:54 pm
    Permalink

    Komen dan soalan Saya . Kenapa dan apa punca nya nilai mata wang ringgit turun tahun hadapan . Apakah kesan Ekonomi yg mempengaruhi menyebabkan nilai mata wang RM$ merosot . Tetapi yg merisaukan kan ramalan NASA dan ramalan metrologi Amerika Syarikat negara negara global akan terkesan nya berlaku kemarau panjang selama tiga tahun berturut bermula pada tahun 2019 hingga 2022 apakah kesan boleh mempengaruhi harga minyak boleh turun atau naik ,termasuk harga bahan makanan seperti gandum akan naik dan mendapat permintaan tinggi seluruh dunia,lagi merisaukan kan tepung gandum tidak mendapat bekalan dari pihak pengeluar kerana bahan itu terlalu terhad hanya tanam gandum banyak terjejas kerana kesan kemarau termasuk bahan minuman asli seperti air menrial mungkin mahal harga naik kerana permintaan air seluruh dunia sangat diperlukan oleh pihak pengguna disebabkan air sukar diperolehi kerana kesan kemarau pada tahun itu 2019-2022 . Tetapi harga minyak masak dari bahan kelapa sawit malaysia akan naik kerana kerana minyak zaitun dan minyak masak lain dari pengeluar negara Eropah akan terjejas kerana cuaca suhu dunia terlalu panas . Saya rasa kan minyak bahan bakar akan turun atau naik kerana bahan minyak pengeluaran seluruh dunia dihad kan agak perlahan kerana aktiviti ekonomi terlalu lembab kerana dipengaruhi kesan suhu dunia terlalu panas.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.