Najib Sindir Malaysia Bertuah Ada Aset Macam Maszlee

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik nampaknya seperti konsisten mengeluarkan kenyataan yang mengundang perhatian dan kecaman pelbagai pihak.

Jika sebelum ini, Maszlee mencetuskan kontreversi dengan isu kasut hitam, warna stokin, susu hilang, larang ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah kerajaan, terkini berkenaan saranan supaya hotel yang mempunyai kolam renang bagi memudahkan pihak sekolah menyediakan aktiviti renang.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Maszlee yang kini aset negara kerana ‘kemampuannya’ berfikir.

“Alangkah bertuahnya Malaysia ada Maszlee. Aset kepada negara” katanya.

Terdahulu, cadangan Menteri Pendidikan itu disifatkan kurang bijak oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng.

Jelas Yap beberapa kebimbangan berkaitan aksesibiliti tercetus menerusi kenyataan Maszlee untuk hotel menyediakan aktiviti renang kepada pelajar sekolah kerana kemudahan hotel dibayar oleh pelancong. -SuaraTv

2 thoughts on “Najib Sindir Malaysia Bertuah Ada Aset Macam Maszlee

  • November 22, 2018 at 10:02 pm
    Permalink

    Kemampuan kau apa rasuah..korup..pecah amana?
    Mual muak meluat menyampah
    Sedarlah diri tu?? Kes banyak sgt?? Tk malu ke?? Tnggu je jatuh hukum!! Rosak teruk!!
    Skrg PH kerajaan…!!

    Reply
  • November 23, 2018 at 12:34 pm
    Permalink

    Sindirlah jgn tak tersindir nanti? Kes da la banyak…rasa diri hebat kah?? Tnggu je bicara …sindir lagi ker??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.