Najib Akan ‘Kejar’ Wang Kripto Beberapa Hari Ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu akan tetap bercakap mengenai beberapa isu yang pelik timbul dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa hari ini, seperti dalam laporan Sinar Harian.

Najib memberitahu perkara tersebut melalui laman sosial Facebooknya.

Isu yang lantang akan Ahli Parlimen Pekan itu bersuara adalah mengenai skim FundMyHome dan Wang Kripto.

“Macam-macam benda pelik timbul kebelakangan ini. Mula-mula ada Skim FundMyHome yang dikatakan akan bantu pemilikan rumah tetapi tiada orang yang bersetuju, hanya Menteri Kewangan dan pemilik skim bertegas.

“Kemudian mata wang kripto Harapan Coin dicadang digunakan dalam transaksi kerajaan. Ia telah beroperasi tanpa kelulusan dan pemilik skim (developer) diakui akan dapat 30 peratus. Menteri mengaku juga dia dan rakan-rakan terlibat dalam projek ini,” katanya.

Namun, isu wang kripto akan terus Najib ‘kejar’ dalam masa terdekat ini dan mendedahkan isu tersebut disebabkan rasa pelik yang timbul.

“Saya teringat juga berita mengenai mata wang kripto kuda atau Horse Currency oleh sebuah syarikat swasta, di mana mereka akan tawarkan duit syiling awal atau ICO kepada orang awam. Baguslah. Lepas ini apa pula?

“Saya akan berikan lebih banyak pandangan mengenai mata wang kripto dalam beberapa hari ini,” katanya. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.