Malaysiakini Putar Belit Kenyataan, Tuduh Najib Mengaku Ditipu Jho Low

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Sebuah portal media, Malaysiakini telah memutarbelitkan wawancara yang dijalani antara Bekas Perdana Menteri dan Sinar Harian hari ini dengan membuat tajuk “Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib Razak”.

Perkara itu diberitahu oleh penganalisis politik, Ab Jalil Backer menerusi Facebooknya apabila Malaysiakini telah membuat gambaran Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) ditipu oleh ahli perniagaan kontroversi, Jho Taek Low.

Namun, Ab Jalil Backer menerangkan kenyataan Najib itu sekiranya apa yang didakwa oleh semua pihak adalah benar, maka benarlah Jho Low telah menipu 1MDB dan negara Malaysia dan bukanlah mengakui ditipu dengan terang.

“Perkataan “Memang” yang digunakan oleh Malaysiakini adalah bertujuan memberi gambaran Najib mengesahkan 1MDB ditipu oleh Jho Low. Sedangkan apa yang berlaku Najib memberi gambaran jika benar semua dakwaan ke atas Jho Low tersebut maka betullah kita ditipu. Ia sebenarnya bermula apabila Najib menjawab lanjutan soalan moderator mengenai isu 1MDB, “apakah kita ditipu oleh Jho Low?”

“Najib berkata, “Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya.” tulis Ab Jalil Backer.

Tambahnya lagi, untuk memudahkan semua pihak memahami, Najib menjawab Jho Low perlu diambil tindakan jika jelas ahli perniagaan tersebut telah melakukan keasalan.

“Sebab itu jawapan beliau seterusnya ialah, “Itu saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low) lakukan kesalahan. Masa itu kita telah lantik peguam, audit, dan Golman Sachs, sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung jawab bank (itu) ialah menjaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia beritau ada sesuatu yang tidak betul,” beritahunya.

Ab Jalil Backer turut menekankan satu lagi kesalahan putar belit berita yang dibuat oleh Malaysiakini di mana perkataan ‘Dia’ yang dirujuk oleh Najib adalah Goldman Sachs, Auditor dan peguam yang dilantik oleh 1MDB dan bukan merujuk kepada Jho Low.

“Dia (Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya.”

“Nama Jho Low dalam kurungan diletak oleh Malaysiakini. Najib hanya menggunakan “Dia”. Jika dilihat urutan penjelasan dalam wawancara tersebut “dia” itu merujuk kepada Goldman Sachs, Auditor dan peguam yang dilantik oleh 1MDB, bukannya Jho Low.,” terang Ab Jalil Backer.

Penganalisis politik itu menasihati Malaysiakini agar berhenti dari memutarbelikan kenyataan sehingga membawa kepada pemalsuan penulisan berita yang disampaikan kepada pembaca.

Selain itu kata Ab Jalil Backer, sikap adil perlu diterjemahkan dalam penulisan berita memandangkan bekas perdana menteri itu sedang menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah selain menanggung tekanan dan penghinaan dari pihak yang mengecam dirinya. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.