“Maaf Saya Tidak Pasti YB Tinggal Di Mana Sebab Pertama Kali Naik MRT”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berseloroh mengucapkan selamat datang kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ke ibu kota yang pertama kali mencuba pengangkutan awam yang diilhamkan semasa pemerintahannya, iaitu Transit Aliran Massa (MRT).

Kata bekas Perdana Menteri itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pernah didakwa sebelum ini bankrup tetapi berjaya melaksanakan projek MRT dengan kos RM21 bilion dengan kadar penjimatan yang sama.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur, YB Menteri. Maaf saya tidak pasti YB tinggal di mana sebelum ini.

“Projek ini dibina oleh Kerajaan yang dikatakan bankrap pada satu ketika dahulu dengan kos RM21 bilion dan penjimatan sebanyak RM 2 bilion.

“MRT Sg Buloh-Kajang ini tak besar impaknya. Cuma hasilkan 130,000 pekerjaan. Ia juga diusahakan oleh anak-anak Malaysia,” kataya menerusi Facebook hari ini.

Najib merujuk kepada pujian daripada Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam terhadap perkhidmatan MRT yang baginya setanding dengan negara maju dunia apabila tren berkenaan tidak mempunyai pemandu.

Malah menurut Najib, projek yang sebelum ini mendapat tentangan daripada Pakatan Harapan bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan dalam masa yang sama melibatkan tenaga graduan tempatan yang membanggakan.

“Ada graduan dari institusi tempatan dan ramai juga anak-anak kita dari luar negara kembali ke tanah air untuk menjayakan projek ini.

“Tak ramai juga yang gunakan MRT ni. Kira-kira beberapa juta orang sahaja jadi tahniah YB Menteri antara orang-orang pertama yang menjejak kaki di sistem pengangkutan awam moden kita,” tambahnya.

Kata Najib lagi kerajaan sebelum ini turut berhasrat untuk melaksanakan MRT 2 dan fasa ketiga demi keselesaan rakyat yang menerima pujian Menteri Wilayah Persekutuan itu yang mungkin Pakatan Harapantidak akan meneruskannya.

“Dalam perancangan kerajaan bankrap dahulu, ada juga perancangan untuk 2 lagi MRT iaitu MRT 2 Sg Buloh-Serdang-Putrajaya dan MRT 3 Circle Line.

“Tapi tak pasti lah apa statusnya yang terkini.

“Apapun, selamat datang ke Kuala Lumpur dan semoga YB menikmati Malaysian Hospitality kami,” kata Najib.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.