Lantik Najib Jadi Pengerusi UMNO, Kata NGO

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dicadangkan menjadi pengerusi parti itu manakala Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien pula Timbalan Pengerusi.

Persatuan Sahabat Ulul Amri (PSUAM) berkata veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah pula sesuai dijadikan Pengerusi 2.

Justeru NGO itu berkata parti itu terdahulu perlu meminda perlembagaannya bagi melaksanakan perubahan dariaspek jawatan tersebut.

“Tujuan pindaan ini diadakan kerana kami tidak nampak hala tuju Umno, apa yang membimbangkan pemimpin Umno mula ke (lompat) parti lain,” kata Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Cadangan ini tambahnya merupakan hasrat akar umbi memandangkan kesemua nama termasuk Najib masih relevan dalam memainkan leranan pergerakan UMNO. 

“Ia merupakan hasrat ahli-ahli Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

“Hanya presiden Umno boleh memanggil untuk mengadakan perhimpunan agung khas berdasarkan fasal 8.5 perlembagaan UMNO,”tambahnya.

NGO itu kemudian menyerahkan memorandum kepada Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi agar diadakan satu perhimpunan agung khas demi pembentukan jawatan-jawatan eksekutif tersebut.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.