Hubungi Anwar 9 Mei Bukan Mahu Curi MP PH

KUALA LUMPUR – Tidak ada usaha  ‘curi’ Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada malam 9 Mei, tegas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dalam masa yang sama menafikan mahu mengisytiharkan darurat setelah mengetahui kekalahan Barisan Nasional (BN). 

“Tidak. Malam itu saya ada saksi. Beberapa pemimpin utama datang ke rumah saya. Tak ada.

“Kami tidak bincang nak curi atau beli mana-mana wakil rakyat PH. Saya tak tahu dari datang mana datang khabarnya.

“Nak ulang balik. Memang bukan dalam perancangan saya. Termasuk jugak dakwaan malam tu saya nak sidang MKN (Majlis Keselamatan Negara), nak isytihar darurat.

“Itupun satu tuduhan yang tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa Pakatan Harapan berdepan kesulitan pada malam 9 Mei yang lalu apabila mendakwa pemimpin Umno dan PAS cuba melamar wakil rakyat Melayu-Islam PH supaya bersama membentuk kerajaan majoriti Melayu-Islam.

Walaubagaimanapun Najib dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian mengakui berhubung secara konisisten dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menelefonnya pada malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14? Yang lalu namun sekadar bertanyakan khabar.

“Ya ada. Selama ini pun saya ada berhubung dengan beliau. Terutama sekali tanya khabar dari segi peribadi dan sebagainya,”ujarnya. 

Pada bulan September lalu, Anwar mendakwa Najib menghubunginya pada malam 9 Mei selepas BN ditumbangkan pada pilihan raya umum untuk membuat perjanjian.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.