G3 Sedia Berdepan Tindakan Saman Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – “Baguslah, samanlah.” begitu reaksi ringkas Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Datuk Azwanddin Hamzah sebaik dimaklumkan tentang ancaman saman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam.

Azwanddin berkata, pihaknya akan melakukan mesyuarat tergempar hari ini dan dalam tempoh dua hari, G3 akan mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjawab ancaman daripada Menteri Kewangan itu.

“Hari ini memang kita ada mesyuarat ahli lembaga pengarah G3, jadi kita akan buat beberapa keputusan dan akan mengumpul maklumat serta bukti. Kita akan buat sidang akhbar dalam tempoh dua hari lagi, Insya-Allah.

“Pokoknya, saya sarankan Guan Eng untuk terus saman saya untuk kita bertemu di mahkamah agar saya boleh tampilkan segala dokumen dan bukti-bukti di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng mengancam akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya G3 tidak membuat permohonan maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai ‘fitnah jahat’.

Terdahulu, G3 yang merupakan gabungan 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa ‘bangsa DAP’ membawa agenda tersembunyi dan perlu dihancurkan sebelum mereka menghancurkan negara. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Bangsa DAP Sudah Muncul Di Malaysia

VIDEO: Gagasan Kuasa Tiga (G3) Isytihar Perang Terhadap DAP

Bukan DAP Yang Bangkitkan Isu Ratifikasi ICERD, Kata Lim Guan Eng

Banyak Negara Majoriti Penduduk Islam Yang Ratifikasikan ICERD, Kata Lim Kit Siang

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.