Banyak Negara Majoriti Penduduk Islam Yang Ratifikasikan ICERD, Kata Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa banyak negara yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam yang telah meratifikasikan dan melaksanakan ICERD.

Memetik kenyataannya di laman rasmi DAP, Roketkini, Lim Kit Siang menujukan persoalan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada orang Islam yang menentang ratifikasi ICERD adalah muslim sejati.

“Adakah Hadi mengatakan bahawa hanya 1% daripada 1.9 bilion Muslim boleh dianggap sebagai Muslim sejati, kerana semua negara Muslim kecuali Malaysia dan Brunei, sudah meraktifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengisytiharkan bahawa semua Muslim harus menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD),” ujarnya.

Dalam kenyataan itu juga Lim Kit Siang menyenaraikan 36 buah negara majoriti penduduk Islam yang telah meratifikasikan ICERD termasuk Yemen, Tunisia, Arab Saudi dan Turki.

Bagaimanapun Lim Kit Siang tidak mengulas realiti kesemua negara tersebut tidak mempunyai keunikan dalam konteks kemajmukan dan kepelbagaian kaum dan bangsa.

Faktor penting ratifikasi ICERD yang bercanggah dengan perlembagaan negara melibatkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta kepentingan agama Islam, turut tidak dkupas oleh Penasihat DAP itu.

Kempen #TolakICERD di media sosial turut menyenaraikan kesan buruk jika ratifikasi ICERD dilaksanakan di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan tuduhan mengaitkan DAP dengan isu ratifikasi ICERD sebagai bermotifkan politik.

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu ICERD tidak dibangkitkan oleh pihak kami daripada DAP, siapa yang membangkitkan itu bukan kamilah.

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” katanya.

Berita Berkaitan;-

Bukan DAP Yang Bangkitkan Isu Ratifikasi ICERD, Kata Lim Guan Eng

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

Kaum Bukan Melayu Tidak Berhak Tuntut Ratifikasi ICERD, Kata Dr Low Yong San

Terdahulu, kelmarin, Abdul Hadi menegaskan umat Islam wajib menentang sebarang usaha meratifikasikan ICERD yang akan meletakkan Islam di Malaysia pada kedudukan sama dengan agama lain.

“Malangnya ada orang Islam yang tak faham atau buat-buat tak faham… nak berjuang atas nama persamaan, nak menjadikan Islam ini sama dengan agama lain, ini tidak boleh.

“Kita mesti menentang kerana orang Islam wajib mengatakan Islam itu betul. Kita beri hak kepada agama lain, tak ganggu tapi nak kata agama lain betul juga macam Islam tak boleh. Ini sempadan yang kita tak boleh langgar,” katanya.

Selain itu, ujar Abdul Hadi lagi, dalam konteks kepentingan orang Islam dan kaum Bumiputera di negara ini, adalah tidak adil untuk meratifikasi ICERD.

“Kita kena faham, adil adalah bila meletakkan sesuatu kena pada tempat, bukan persamaan (contohnya) ibu bapa yang ada anak 10 orang tak sama dengan yang ada anak tiga orang, tak boleh atas nama adil kita beri sama banyak.

“Orang Islam (dan) Bumiputera dalam keadaan ketinggalan, kemudahan belajar lemah diatur penjajah dulu, yang bukan Islam diletak di bandar menguasai perdagangan, industri, pelabuhan dan macam-macam dan dalam kedudukan yang lemah ini (keistimewaan) nak dihapuskan atas nama persamaan, ini tidak betul,” katanya.

Malaysia dan Brunei adalah antara 14 negara yang tidak meratifikasikan ICERD atas faktor memelihara hak kepentingan agama Islam serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera. – SuaraTV

4 thoughts on “Banyak Negara Majoriti Penduduk Islam Yang Ratifikasikan ICERD, Kata Lim Kit Siang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.