Azmin Dakwa Tidak Tahu Menahu Kelulusan Papan Tanda Jalan Bahasa Cina

KUALA LUMPUR — Bekas menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan “tidak tahu-menahu” berhubung kelulusan papan tanda jalan bahasa Cina di Selangor.

Perubahan papan tanda itu, berlainan daripada dasar bahasa selama ini, yang dikritik ramai diluluskan semasa beliau, kini menteri hal ehwal ekonomi, memimpin negeri pada 2017.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya kepada Malay Mail selepas Menteri Besar Amirudin Shari menyatakan dasar itu bermula pada pentadbiran lepas.

Sultan Selangor mengarahkan semua tulisan selain bahasa Melayu di papan tanda jalan ditanggalkan serta-merta sebelum sambutan hari keputeraan baginda bulan depan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan hanya papan tanda jalan berbahasa Melayu dibenar dan perubahan yang diperkenalkan itu mesti diganti sebelum 11 Disember ini.

Menjelaskan salah faham kenyataannya semalam, Amirudin hari ini berkata keputusan tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Apa yang saya nyatakan [semalam] adalah keputusan untuk memasang papan tanda tersebut diputuskan pada 2017 di peringkat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,” katanya di Facebook.

Berita Berkaitan;-

Papan Tanda Bertulisan Cina Diluluskan Exco Selangor Sejak Tahun Lalu – MBSA

Sultan Selangor Arah Papan Tanda Jalan Bahasa Cina Ditanggalkan Segera

Sehubungan itu, beliau mengarahkan exco baru kerajaan tempatan Ng Sze Han “mengkaji dasar tersebut agar tidak menimbulkan polemik yang tidak perlu.”

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu memaklumkan jawatankuasa tetap dalam keputusan 13 Januari 2017 membenarkan papan tanda jalan dwibahasa selain Melayu.

Papan tanda jalan di Kampung Baru Subang, kata jurucakap MBSA di Twitter, “menggunakan tulisan Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut.”

Berdasarkan surat yang disebar di media sosial, projek menukar nama jalan selain bahasa Melayu dikeluarkan pada 25 Mei lalu, sejurus selepas pilihan raya umum.

Amirudin, sebelum ini exco sukan dan belia Selangor, mengangkat sumpah menggantikan Azmin pada 19 Jun lalu. – MalayMail

One thought on “Azmin Dakwa Tidak Tahu Menahu Kelulusan Papan Tanda Jalan Bahasa Cina

  • November 25, 2018 at 11:02 pm
    Permalink

    Kata rakyat malaysia dan dah duduk di malaysia bertahun jadi apa masalahnya dengan bahasa kebangsaan. Apa perlunya bahasa lain, inikan tanah melayu bahasa melayu. FAHAM TAK.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.