Apa Sebenarnya Visi Pakatan Harapan?

KUALA LUMPUR – Apa visi Pakatan Harapan setelah menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah? 

Demikian persoalan yang timbul oleh majoriti rakyat pada hari, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seti Najib Razak. 

Jelasnya apa yang dilihat kerajaan itu hari ini secara konsisten hanya menyalahkan BN namun tidak berusaha membawa Malaysia Baharu seperti yang dijulang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Rata-rata mereka buat satu persoalan kepada saya, mereka kata mereka tidak nampak visi baru kerajaan ini.

“Apa visi sebenarnya? Kalau kata Malaysia Baharu, kita tidak boleh menilai pencapaian sesuatu kerajaan berdasarkan kepada slogan, mesti ada sesuatu visi yang jelas, lepas itu kita mesti ada dasar induk dan bila ada dasar itu kita mesti ada pelan pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian oleh Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.

Ujar beliau, sepatutnya Pakatan Harapan sejak mula memerintah 9 Mei yang lalu menggerakkan kerajaan dengan dasar yang telah dirancang namun tiada tanda-tanda parti itu bertindak sedemikian sebaliknya hanya menggunakan BN untuk membenihkan kebencian di kalangan rakyat.

“Sekarang ini mereka sudah dapat mandat dan tadbirlah negara ini dengan sebaik mungkin,” katanya lagi. -SuaraTv

One thought on “Apa Sebenarnya Visi Pakatan Harapan?

  • November 22, 2018 at 7:45 pm
    Permalink

    Usah tanya visi PH?? Visi awak dulu rasuah..pecah amanah..kroni2.. byk lagi akan timbul lepas ni?? Tk malu ke komen sini sana sedangkan kes berjalan?? Tk rasa rakyat meluat mual muak muntah benci hari2 tgk muka ..sebut kes..rosmah dan kuncu2 yg terlibat dgn skandal2 yg semua da tahu?? Tk ada rasa bersalah langsung ke?? Maruah letak mana?? Terlampau rosak…serosak2nya…?? Khianat rakyat sendiri..??? Menyampah!! Semak korup kotor busuk??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.