Shahir ‘Hilang’ Dituduh Tak Bayar Hutang Kereta?

Penyanyi Shahir Zawawi dikhabarkan ‘menghilang’ selepas seorang lelaki mendakwa dia gagal menjelaskan hutang sewa sebuah kereta mewah berjumlah RM24,000 pada awal November lalu.

Kehilangan bekas juara Akademi Fantasia (AF8) ini telah menimbulkan kebimbangan kalangan peminatnya. Spekulasi timbul kononnya, Shahir merajuk dan kembali menyepikan diri seperti sebelum ini kerana beberapa insiden kontroversi melanda dirinya, petik mStar.

Di Instagram peribadinya, @shahirzawawi88 penyanyi itu memuat naik gambar terakhir sebulan lalu.

Beberapa bulan lalu, timbul satu lagi kontroversi selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Syamimi mendedahkan hubungannya dengan Shahir namun penyanyi itu menafikan perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.