Pasukan Misi Mencari Khuatir 44 Kru Kapal Selam Kehabisan Oksigen

ARGENTINA – Pasukan yang terlibat dalam misi pencarian antarabangsa untuk kapal selam ARA San Juan mendakwa, kapal tersebut kini berdepan risiko kehabisan bekalan oksigen selepas dipercayai tenggelam untuk tempoh yang lama.

Difahamkan, bekalan oksigen sedia ada ketika ini hanya membolehkan kru kapal selam berkenaan bertahan di bawah air selama satu minggu sahaja.

“Masalah kehabisan bekalan oksigen sangat membimbangkan kami sejak kapal selam itu dilaporkan hilang,” kata seorang jurucakap tentera laut Argentina, Enrique Balbi.

Seramai 44 orang kru berada dalam kapal selam terbabit ketika ia dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.