Menteri: Bagaimana Tukar kerajaan Akan Jadikan Rakyat Kaya?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal dakwaan yang dipercayainya sebagai mempersalahkan kerajaan terhadap apa jua yang berlaku.

Katanya, beliau mengambil maklum bahawa ada pihak yang mencadangkan bahawa untuk menyelesaikan semua masalah di negara ini adalah dengan menukar kerajaan.

“Adakah itu benar-benar penyelesaiannya atau ini hanya penyelesaian saudagar minyak ular mengenai cara menyembuhkan semua masalah?

“Begitu juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi. Adakah pengkritik pernah menjelaskan bagaimana menukar kerajaan dapat menjadikan semua rakyat Malaysia kaya?” soal Salleh dalam blog post malam tadi.

Sambil menyatakan bagaimana Malaysia adalah sebahagian daripada ekonomi dunia, Salleh berkata apa yang berlaku di negara lain akan memberi kesan kepada negara ini juga.

Malaysia, katanya, bukan terpencil dan tetap terkena tempias daripada apa yang dilakukan oleh negara lain.

“Dunia hari ini telah menjadi tempat yang mahal. Kos hidup telah meningkat di setiap negara yang anda lihat.

“Ada yang mengadu bahawa Malaysia menjadi terlalu mahal. Sebenarnya ini bukan masakah Malaysia tetapi masalah dunia.

“Apabila orang lain bersin, kita terkena selsema, jadi tidak ada penukaran kerajaan yang boleh mengubahnya,” katanya.

Seperti isu-isu yang melibatkan ekonomi, Salleh berhujah bahawa perkara yang sama boleh dikatakan apabila membabitkan isu-isu perkauman dan ketiadaan toleransi agama.

Isu-isu seperti itu, katanya, tidak dapat diselesaikan dengan mengubah kerajaan.

“Manusia yang mencetuskan masalah perkauman dan keagamaan, jadi jika rakyat mahukan keamanan dan keharmonian, ini tidak akan berlaku walaupun jika kita menukar kerajaan.”-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.