Gadis Cantik Bunuh Diri Selepas Tahu Calon Suami Sudah Beristeri

Seorang mahasiswi nekad membunuh diri setelah mengetahui tunangnya telah beristeri dan merancang untuk menjadikannya sebagai isteri kedua.

Danara Kaipova, 20, telah menggantung diri tidak lama selepas mendapat tahu tunangnya itu juga mempunyai dua anak.

Menurut ibunya, Inzhu Kaipova, Danara sangat gembira kerana menyangka dia sudah bertemu cinta sejati setelah bercinta dengan seorang lelaki kaya, Birzhan Doshakaev yang berusia 29 tahun. Mereka berasal dari Kazakhstan.

Danara telah dibawa oleh Birzhan ke kampung halamannya di Atyrau untuk diperkenalkan kepada ibu bapanya. Ketika itu Danara menyangka Birzhan bersungguh-sungguh untuk mengahwininya.

Namun empat bulan selepas itu, barulah Danara tahu perkara sebenar dan lelaki itu mahu menjadikannya sebagai isteri kedua.

Danara amat kecewa dan tidak mampu menanggung kesedihan lalu mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

“Anak saya berulang memberitahu bahawa Birzhan mempunyai ibu bapa yang sangat baik dan dia berasa bahagia bersama lelaki itu. Saya percaya apa yang dikatakan oleh Danara namun kini kami mengetahui bahawa lelaki itu sudah menikah.

“Brizhan menipu kerana dengan menyatakan dia tidak memiliki isteri dan dua anak,” kata Inzhu.

Di Kazakhstan, segelintir lelaki kaya akan berkahwin ramai kerana ia melambangkan simbol status mereka. Ada juga yang berpendapat dengan berpoligami ia merupakan cara bagi kaum wanita untuk keluar daripada kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.