Bahasa Melayu Tetap Akan Terpelihara, Kata NGO

Kumpulan NGO Parent Action Group for Education (Page) yakin kedudukan bahasa Melayu tetap terpelihara walaupun dengan pengenalan semula sekolah aliran bahasa Inggeris.

“Bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus terpelihara, pastikan bahawa pelajar yang mahu mendaftarkan diri di sekolah aliran bahasa Inggeris terlebih dahulu mencapai skor purata kebangsaan untuk bahasa Melayu, ” kata Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Beliau berkata sekolah-sekolah itu perlu melahirkan guru bahasa Inggeris yang berkemahiran tinggi, yang perkhidmatan mereka amat diperlukan.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa sekolah aliran kebangsaan tidak melahirkan guru bahasa Inggeris terbaik.

“Perbelanjaan lalu kami bagi program penutur asal adalah mahal, walaupun berkesan, ia tidak dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau mengulas tinjauan yang diterbitkan oleh Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura yang mendapati bahawa majoriti rakyat Johor menyokong untuk mengembalikan sekolah pengantar Bahasa Inggeris.

Noor Azimah berkata iltizam politik untuk merintis sekolah aliran Inggeris sudah pun ada, seperti yang dibuktikan oleh pendekatan radikal ke arah kemahiran berbahasa Inggeris, seperti yang dinyatakan dalam Fasa II Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

“Buat permulaan, para guru, termasuk guru Bahasa Inggeris di Johor, berkaliber tinggi.

“Sekiranya Jabatan Pendidikan Negeri Johor memberi tumpuan kepada cara pengajaran sekolah bahasa Inggeris di setiap daerah, ini boleh dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mencadangkan pelajar lepasan sekolah itu dinasihatkan supaya melanjutkan pengajian ke United Kingdom.

Beliau berkata perlu ada aturan untuk membolehkan pelajar tinggal bersama penutur asal atau dengan keluarga Islam untuk memenuhi keperluan budaya.

“Pulang untuk selesaikan diploma pendidikan dan kontrak sebagai guru Bahasa Inggeris untuk tempoh yang dipersetujui bersama.

“Pilihan untuk terus berkhidmat harus terbuka. Selepas itu, kamu boleh rebut semua peluang yang ada,” katanya.

Azimah berkata Sabah dan Sarawak harus menyokong sekolah aliran Inggeris dan mengambil guru tempatan.

“Tumpu kepada negeri yang boleh menerima manakala negeri lain yang membisu, tidak peduli atau menentang akan iri hati,” katanya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.