Video : Tun M Malu Ibrahim Ali Tak Mahu Sertai Bersatu Kerana DAP

PUTRAJAYA– Penasihat Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau malu berhubung tindakan Presiden Persatuan Pribumi (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, kerana tidak mahu menyertai parti Bersatu.

 

Beliau berkata, hanya disebabkan DAP, Ibrahim tidak mahu menyertai parti itu, perkara ini secara tidak langsung dapat membantu kemenangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14) akan datang.

 

“Dia (seolah) berusaha supaya Najib menang. Dia (Ibrahim) berpura-pura berjuang untuk orang Melayu dan tak boleh bercakap dengan DAP. Tetapi dia sanggup kerja dengan Najib. Sanggup sokong orang yang curi duit. Jadi itulah kerja Ibrahim.

 

“Saya fikir ahli-ahli dia (Perkasa) mereka memang bersemangat, tetapi Ibrahim ni dia tak ada publisiti kepada dia. (Disebabkan itu) dia tak seronoklah. Dia mahukan publisiti. Mungkin pada satu hari nanti dia akan menjadi Perdana Menteri. Saya malu kerana dia kawan saya, kerana tak mahu masuk Bersatu, pasal kita (Bersatu) kawan (kerjasama) dengan DAP,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

 

 

 

Terdahulu, Ibrahim menolak menyertai Bersatu kerana prinsip perjuangannya. Beliau mendedahkan biarpun akan dilantik jawatan tertinggi menerusi parti itu beliau tidak akan bertindak menyertai parti tersebut.

 

 

“Saya tidak suka DAP dan PKR kerjasama dengan Bersatu,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.