Rakhine Bagaikan Neraka Dunia

Lebih daripada 1,200 rumah telah musnah di perkampungan yang didiami oleh minoriti Muslim Rohingya di Myanmar dalam tempoh enam minggu yang lalu, menurut Human Rights Watch.

 

 

Kumpulan ini telah mengeluarkan imej satelit baru yang menunjukkan 820 struktur musnah antara 10 hingga 18 November.

 

 

Pihak tentera sedang menjalankan operasi keselamatan di Rakhine tetapi kerajaan menafikan telah memusnahkan kediaman.

 

 

Human Rights Watch mendakwa Rohingya adalah salah satu daripada kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

 

 

BBC melaporkan agensi itu tidak boleh secara bebas mengesahkan sejauh mana kemusnahan di kampung-kampung Rohingya kerana kerajaan Myanmar telah menyekat wartawan antarabangsa daripada melawat kawasan itu.

 

 

Tetapi seorang wartawan BBC di sempadan Bangladesh-Myanmar telah bercakap dengan keluarga Rohingya yang menyifatkan apa yang berlaku di utara Rakhine sebagai “neraka dunia”.

 

 

Kerajaan Myanmar pula mendakwa komuniti Rohingya membakar rumah mereka sendiri untuk menarik perhatian antarabangsa.

 

 

Human Rights Watch sebelum ini mengenal pasti sebanyak 430 bangunan yang musnah di tiga buah kampung dari imej satelit yang dikeluarkan pada 13 November.

 

 

Jurucakap presiden, Zaw Htay menuduh Human Rights Watch bertindak keterlaluan dalam bertindak balas keterlaluan dalam laporan mereka. -MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.