Bawani Gagal, Himpunan Desak Pendidikan Percuma Hambar

Kuala Lumpur – Sekumpulan mahasiswa universiti yang mengadakan perhimpunan bagi mendesak kerajaan menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat mendapat sambutan dingin.

Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan itu. Ianya bermula di Masjid Ass-Syakirin dan berarak menuju KLCC itu hanya disertai kira-kira 15 orang.

Bawani KS selaku Penyelaras GMPP cuba membandingkan dengan negara lain yang menggunakan sumber petroleum sabagai sumber menampung pendidikan tidak pula mengalami ‘bankrap’.

“Beberapa negara seperti Veneuzela dan Cuba menggunakan sumber petroleum mereka sebagai satu sumber untuk memberi pendidikan percuma dan mereka tidak bankrap pun.”

Kumpulan mahasiswa terbabit semasa berarak membawa kain rentang tertera, ‘tuntut pendidikan percuma’ dan ‘Pendidikan bukan untuk dikomersil’ serta ‘Berikan pendidikan percuma sekarang’.

Manakala Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Khairul Najib berkata, walaupun kehadiran pada himpunan ini kurang memberangsangkan, ia akan jadi pencetus kepada mahasiswa.

” Walaupun sambutan kurang, tetapi kita tetap konsisten mengadakan tuntutan supaya pendidikan diberikan percuma kepada mahasiswa,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.