Semua GLC, GLIC diaudit, bonus tahunan diberi bersandar prestasi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan audit terhadap semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan bagi tujuan menilai prestasi masing-masing, termasuk menyemak jika belaku pelanggaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Ketua Audit Negara untuk campur tangan bagi memantau syarikat dan agensi terbabit sehingga di peringkat bawah.

“Jadi gesaan supaya terus beri pantauan dan kita juga telah bersetuju supaya Ketua Audit Negara, mengaudit semua 2,000 ini (GLC dan GLIC) saya ingat akan satu jadi kejutan supaya semuanya akan lebih bertanggungjawab.

“Kerana kadang-kadang pelanggaran itu masih berterusan di beberapa peringkat dan tidak ada jalan lain, tetapi untuk kita jalankan audit dan memantau terus,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu bagaimana cara kerajaan mekasanakan jawatankuasa pilihan bagi memilih individu untuk dilantik ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui CLC, GLIC dan agensi-agensi kerajaan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun beliau menerima kenyataan bahawa mereka yang dipilih tidak boleh disamakan semuanya dengan CEO di syarikat swasta, namun sebahagian besar berpotensi dalam pelaburan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga telah menghentikan sistem pemberian bonus tahunan dan ia hanya diberi berdasarkan prestasi.

“Walaubagaimanapun, dari segi presatasi harus dinilai syarikat-syarikat yang tidak mencatat keuntungan atau pengurusann yang lemah tidak harus beranggapan bahawa mereka akan terus diberi bonus.

“Selama ini saya lihat enam bulan, lapan bulan bonus dianggap sebagai satu perkara biasa…ini sudah kita hentikan sejak tahun lalu.

“Mereka juga perlu mengambil kira bahawa mereka dipilih untuk memenuhi tanggungjawab,” kata Perdana Menteri lagi.

Dalam pada itu, menjawab cadangan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta supaya peneraju syarikat atau agensi kerajan dipilih dalam kalangan individu daripada syarikat swasta yang berintegriti dan bukan dalam kalangan lantikan politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas dan bersara, Perdana Menteri menjelaskan, pelantikan itu dibuat melalui proses tertentu dengan melibatkan beberapa agensi berkaitan.

Menurut Anwar, ia bertujuan bagi memastikan rekod mereka bersih dan boleh dipertahankan.

“Keduanya, mereka yang dilantik itu adalah profesional, adakah mereka lantikan politik, itu bukan soal. Siapa yang layak kita tak diskriminasi, orang politik atau bukan. Tapi syaratnya mestilah golongan profesional,” jelas Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat