Hamzah dedah syarikat terkait Farhash diberi kontrak Nov 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kelulusan syarikat yang terkait bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador mendapat kelulusan kerajaan terdahulu pada tahun 2022.

Ahli Parlimen Larut itu sebaliknya mendakwa HeiTech Padu Bhd yang dikait dengan bekas setiausaha politik Anwar itu

diberikan kontrak pada November 2023 sekaligus bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini.

“Dia (Anwar) kata inilah saya tahu projek ini projek yang mengaitkan bekas setiausaha politik saya untuk mendapat tender mencecah RM1 bilion,  dan kaitkan pula dengan Raja-raja….dan kaitkan pula bahawa seolah-olah kontrak itu telah diberikan zaman dulu sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Tambun.

“Saya nak maklumkan HeiTech Padu diberikan kontrak pada November 2023,  kemudian diberi kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi Februari 2024 dan dan pembelian saham berlaku pada Mac 2024.

“Jadi dimanakah asasnya kenyataan YB Tambun seolah-olah kontrak itu diluluskan oleh kerajaan terdahulu? Takpalah kau jawablah di akhirat nanti,” ujar Hamzah di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) menggesa agar Anwar  menyaman Bloomberg kerana menyiarkan laporan yang menyatakan Perdana Menteri itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit.

Menurut Hamzah cadangan ini bagi membersihkan institusi Perdana Menteri dan nama Anwar sendiri.

Anwar sebelum ini memberi jaminan tidak akan menutup kes kesalahan melibatkan bekas setiausaha politiknya  sekiranya terdapat maklumat dan bukti yang kukuh.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas dirujuk kepada rekod fail, syarikat yang terkait dengan Farhash itu sebenarnya telah mendapat kelulusan kerajaan terdahulu pada tahun 2022

Tegas beliau, ketika itu, beliau belum menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Farhash juga belum lagi menyertai syarikat terbabit.

“Kelulusan kepada syarikat itu semasa kerajaan terdahulu, semasa itu Farhash belum menjadi anggota syarikat tersebut. Ini betul dan ada rekod, ini bukan soal politik.

“Kemudian syarikat berkenaan itu sekarang itu dimiliki oleh Tuanku (Sultan), sebahagian besar sahamnya, ini tiada kena mengena dengan Farhash.

“Kalau ada pun, dia ikut proses tender biasa. Ada pelanggaran, bawa dan saya bicara di Parlimen ini kalau ada kes itu disiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan kalau ada kes, saya langsung tidak menutupnya. Tapi saya tanya kes apa?

“Cuma dikatakan ada kes, kes satu ini bila saya rujuk fail ia memang diluluskan tahun 2022 sebelum saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tapi terus dikaitkan kerana dia pernah bekas staf saya dan kurang adil.

“Tapi bagaimanapun andai kata maklumat jelas melibatkan siapapun termasuk Farhash, sila lapor, saya akan pastikan SPRM tidak akan menutup,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat