Pemimpin DAP Jangan Biadap, PH Jadi Kerajaan Kerana Dr Mahathir – PPBM

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu diingatkan supaya tidak melampaui batas dengan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan serta kerjasama di antara parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM / Bersatu), Abu Bakar Yahya berkata, tindakan Ronnie mempersoalkan kedudukan Bersatu serta Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap biadap, selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu tidak perlu berlagak sombong dengan membayangkan kononnya PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

“Saya ingin bertanya kepada Ronnie, apakah kenyataan beliau itu mewakili peribadinya atau pendirian DAP?. Apakah dia lupa Bersatu itu parti komponen dalam PH?.

“Kenyataan beliau itu sudah tentunya mengundang pelbagai sentimen yang boleh menjelaskan hubungan antara parti dalam PH.

“Jangan lupa tanpa Dr. Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk kerajaan pada hari ini..itu faktanya,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri turut meminta kepimpinan DAP supaya lebih ‘prihatin’ berhubung tindakan Ronnie itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.

Ronnie menerusi laporan sebuah portal berita tempatan hari ini mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Dia turut mendakwa Dr. Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Beliau juga mempersoalkan pendirian Dr. Mahathir yang menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu dan kegagalan Perdana Menteri itu menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!