“Tahniah Kerana Berjaya Didik Anak Jiwai Perjuangan Tentang Kezaliman”, Lokman Adam Pertahan Nurul Zahid

SHAH ALAM – Ketika segelintir pihak mengecam tindakan Nurul Hidayah Ahmad Zahid memuat naik video anaknya memberi ucapan berbaur amaran di laman Instagram beliau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tampil mempertahankan tindakan berkenaan.

Lokman dalam masa yang sama memberi pujian kepada anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu kerana berjaya mendidik anak kecilnya menjiwai perjuangan untuk menentang kezaliman. 

“..saya nak ucap tahniah kat Kaklong kerana berjaya didik anak beliau, Sofea, menjadi seorang yang penuh keyakinan diri dan mempunyai sifat menentang kezaliman seperti ibu dan datuknya. 

“Biasalah kalau budak-budak bercakap, mestilah ada silap sana sini sikit, itulah sebahagian proses pembelajaran. Jamgan takut untuk silap cakap di usia muda, InsyaAllah ada masa nak betulkan apa yang silap.

“Jangan jadi macam Mahathir, dah 93 tahun baru nak buat silap. Habis rakyat dikencingnya. Janji macam-macam langsung tak ditunaikan,” tulisnya dalam satu posting (hantaran) di laman Instagram hari ini.

Pengerusi Pemantau Malaysia Baharu itu juga berkata, Nurul Hidayah dan Ahmad Zahid patut bangga kerana mempunyai anak dan cucu seperti Sofea yang ‘berjaya dilentur menjiwai semangat perjuangan, tidak seperti Mahathir yang gagal melentur anaknya sehingga menjadi pejuang LGBT’.

“Lebih menyedihkan, sudahlah Mahathir gagal membentuk Marina dan cucu-cucu LGBT dan kaki enjoy yang suka menayang  kemewahan ayah dan datuknya. Mahathir pula kini terpengaruh dengan perjuangan Marina yang menjuarai fahaman liberal,” tulis Lokman lagi.

Nurul Hidayah baru-baru ini memuat naik video anaknya yang berusia 9 tahun ‘memberi amaran’ di Instagram sebagai membantah pendakwaan yang dikenakan ke atas Zahid.

Dalam video itu, kanak-kanak perempuan itu berkata: “Saya akan buat hidup kamu tak stabil, saya akan buat kamu menyesal seumur hidup”.

Posting di video berkenaan turut disusuli dengan kapsyen #solidarityforgrandpa.

Cucu kepada Ahmad Zahid itu juga dilihat memakai T-shirt mirip pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan Nurul Hidayah itu mengundang teguran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Menerusi Twitter, Yeoh berkata sebagai ibu, Nurul Hidayah sewajarnya melindungi anaknya di internet.

Tidak cukup dengan itu, Nurul Hidayah turut dikecam teruk oleh netizen di Twitter kerana didakwa mengheret anak untuk kepentingan politik. -SuaraTv

One thought on ““Tahniah Kerana Berjaya Didik Anak Jiwai Perjuangan Tentang Kezaliman”, Lokman Adam Pertahan Nurul Zahid

  • October 22, 2018 at 3:41 pm
    Permalink

    parti kau dulu gagal rasuah salahlaku …jutaan ringgit rampasan ..duit hilang billion ringgit tu tak gagal ke ngong?? Rasuah takbur zalim kejam rakus elok bungkus.. perosak negara?? Hukum seberat3nya??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.