Prestasi Menteri Kabinet Meningkat, Tiada Yang Tak Enak Didengar – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR — Prestasi menteri kabinet baru yang tiada pengalaman meningkat walau hanya mendapat 40 hingga 50 markah setakat ini, kata perdana menteri .

Tun Dr Mahahtir Mohamad mengakui mereka cepat belajar dan kerap berbincang tugas mereka dalam mesyuarat kabinet , lapor Berita Harian.

“Jika ingin memberi markah dalam kad laporan mereka, saya akan memberikan antara 40 hingga 50 peratus kepada menteri baharu yang tidak mempunyai pengalaman,” katanya.

Dalam temu bual dengan Astro Awani, pengerusi Pakatan Harapan mengakui prestasi jemaah menteri semakin baik dan tiada lagi perkara yang tidak enak didengar.

“Bukan mudah untuk ubah pemikiran menteri sekarang kerana mereka bukan lagi parti lawan sebaliknya parti pemerintah,” kata pengerusi PPBM malam tadi.

“Untuk ubah pemikiran ini bukan sesuatu yang mudah. Memang menteri baharu tiada pengalaman tetapi mereka belajar dengan cepat”. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.