Pertuduhan Zahid Dibuat Tanpa Siasatan Terdahulu?

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memberi jaminan akan menyiasat semua syarikat atau individu yang mempunyai kaitan dengan kes pendakwaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataannya itu menjelaskan bahawa yang dakwaan dibuat kepada Zahid dibuat tanpa mengambil keterangan mana-mana pihak terlebih dahulu.

“Kami menyiasat siapa yang terlibat dengan rasuah. Setakat ini, ada satu syarikat (Datasonic Group) mengatakan mereka tidak terlibat, terpulang kepada mereka untuk mengatakan.

“Hanya siasatan SPRM yang dapat menentukan. Jika siasatan kami menunjukkan bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam apa-apa perkara rasuah, maka mereka tidak bersalah,”katanya.

Terdahulu, sehari selepas pendakwaan Zahid padaa 19 Oktober yang lalu pelbagai perbincangan umum yang diuat mengenai tindakan itu.

Zahid yang juga bekas Timbalan perdana Menteri menghadapi 45 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.