Najib Ucap Selamat Malam Akhiri Perkongsian Guan Eng

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat malam sebagai pengakhiran perkongsian catatannya berkaitan Guan Eng (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) bongkar Guan Eng.

Najib dalam laman sosial Facebooknya berkata, beberapa hari lalu, beliau memberi ruang kepada Guan Eng untuk membongkar Guan Eng dalam membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang menjual lebih banyak tanah sekaligus bercanggah dengan kenyataannya minggu lepas dan mengenai kerajaan pusat BN di bawah membantu kerajaan Pulau Pinang mengurangkan hutang negeri pada masa itu.

Menurutnya, hari ini, melalui rencana berita, Guan Eng kelihatan terus bongkarkan Guan Eng lagi.

“Dia menjawab “saya (Guan Eng) tidak menghitung sekali tanah yang dijual oleh kedua-dua Kerajaan Negeri Pakatan dan BN untuk pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan.”

“Maksudnya ialah dia mengaku menjual lebih banyak tanah yang dia nyatakan sebelum ini tetapi tanah-tanah ini tidak dikira kerana penjualannya ialah untuk “pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan,” katanya, hari ini.

Najib mempersoalkan beberapa kenyataan dalam rencana berkenaan.

“Tanah yang dijual untuk “pembangunan dan pertambahan peluang pekerjaan.”itu bukan penjualan tanah ke?

“Tak dapat wang ataupun hasil bila menjual tanah ini ke? Tutup mata, dan ambil lah tanah ini secara percuma?

Menurutnya, bagi isu 90 peratus hutang kerajaan negeri (Pulau Pinang) yang dibantu kerajaan pusat pula, Guan Eng akhirnya sendiri mengaku juga peranan kerajaan pusat yang menolong menghapuskan hutang berkenaan.

“…tetapi dia kata ini tidak boleh dikira kerana kerajaan pusat telah mengambil aset air kerajaan negeri sebagai gantian.

“Maksud Guan Eng ialah dia menjual aset-aset negeri kepada kerajaan pusat untuk mengurangkan hutang negeri sebanyak 90 peratus, ke? Bukan kerana pengurusan kompeten CAT, ke?

Najib akhirnya mengakhiri persoalan dalam perkongsiannya itu dengan ucapan ringkas.

“Ok. Selamat malam,” akhirinya. – SINAR HARIAN

One thought on “Najib Ucap Selamat Malam Akhiri Perkongsian Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.