Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, tindakan tersebut umpama satu penghinaan kepada rakyat dan kerajaan Kelantan.

“Sudahlah berkali-kali membohongi rakyat mengenai kedudukan kewangan negara tanpa sekali pun meminta maaf walaupun tersilap titik perpuluhan,

“Hari ini menghina pula rakyat Kelantan seolah-olah terpaksa berlutut kepadanya untuk mohon pinjaman membayar gaji pekerja,” katanya dalam status di Facebook beliau, hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Guan Eng mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

Isu berkenaan timbul setelah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi soalan tambahannya pada sesi soal jawab meminta respon Kerajaan Persekutuan sekiranya kerajaan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan mengambil inisiatif sendiri meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika dibatalkan pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE