Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, perbelanjaan itu melibatkan lapan lawatan rasmi ke luar negara serta merangkumi perbelanjaan pegawai pengiring yang turut serta dalam lawatan-lawatan tersebut.

“Kos perbelanjaan ini dibayar sewajarnya seperti mana termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahman Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) bertarikh 16 Okt lepas.

Negara-negara yang telah dilawati Dr. Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri ketujuh ialah Jepun, China, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Brunei. – BERNAMA