Husam Pertahan Kerajaan Persekutuan, Tak Akan Diskriminasi Kelantan & Terengganu

KOTA BHARU – Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa mempertahankan kerajaan persekutuan yang disifatkannya adil dalam memberikan peruntukan untuk pembangunan di negeri itu termasuklah Terengganu.

Katanya prinsip parti itu tidaak akan mengamalkan diskriminasi kepada perbezaan ideologi mahupun pegangan parti.

“Ini kerana falsafah PH tidak boleh ada diskriminasi dari segi parti, bangsa dan kaum. Tidak boleh ada peminggiran atau satu-satu tempat dipinggirkan atas masalah tertentu, sebaliknya perlu merapatkan jurang.

“Kita mahu semua negeri yang terkebelakang ini boleh bersama-sama dengan negara. Mengambil contoh di Kelantan, kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya, mini pelabuhan, lapangan terbang yang mempunyai penerbangan terus ke beberapa destinasi perlu ada.

“Selain itu, infrastruktur seperti pembangunan sumber alam sedia ada juga perlu. Sekiranya ada asas infrastruktur berkenaan, maka Kelantan dan negeri yang lain barulah bersama-sama mengorak langkah mencapai negeri maju dalam pembangunan Malaysia,” katanya dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas merasmikan Mini Karnival Stem dan Pusat Stem Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan pembangunan lebih saksama di enam wilayah dalam memastikan tiada negeri di Malaysia terpinggir.

Katanya, enam wilayah berkenaan terdiri daripada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dalam usaha untuk mencapai pembangunan lebih setara.

Terdahulu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mendakwa pembayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu terhalang meskipun ia dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.