Highland Tower Tidak Stabil, Tak Wajar Ambil Risiko Bangunkan Semula -Timbalan KPKT

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyuarakan rancangan untuk memajukan semula tanah Highland Tower untuk dijadikan sebagai taman rekreaksi, nampaknya Timbalannya berpendirian sebaliknya.

Kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kawasan Highland Towers perlu dielakkan kerana kedudukan tanahnya tidak stabil.

Ujarnya kawasan itu mempunyai sejarah yang terbukti kedudukan struktur tanahnya yang bahaya.

“Pada masa ini tidak ada pembinaan di kawasan itu sebab kawasan berkenaan adalah sensitif . Mungkin ada beberapa faktor lain menyebabkan ia bahaya, contohnya aliran air.

” Perkara-perkara seperti itu (yang perlu diambil kira). Disebabkan kawasan ini sensitif maka ia (pembangunan) perlu dielakkan kecuali wujud keperluan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata kerajaan tidak patut mengambil risiko untuk membangunkan semla kawasan tersebut.

“Kita tidak mahu ambil risiko buat masa ini, selain tidak ada keperluan untuk membuat apa-apa pembinaan di situ sebab ada bukti ketidakstabilan ,” tambahnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.