FB Mahathir Legend Mahu Terbalik, Bakar Teksi

SHAH ALAM- Sebuah Twitter yang dipercayai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengugut untuk membakar dan menterbalikkan teksi-teksi. 

Ugutan ini disuarakan selepas daripada kekecohan yang dicetuskan oleh segelentir pemandu teksi semasa sesi dialog dengan Tun M di Langkawi mengenai isu Grab pada Ahad. 

Selain menyifatkan pemandu teksi yang menimbulkan ketegangam sebagai budak sekolah  darjah 6,posting turut menganggap tindakan itu sebagai sengaja mahu menyemarakkan kemarahan rakyay terhadap Perdana Menteri. 

“Wow… Dia main ugut KL ni dia punya. Cam mana? Nak bagi dia tak KL ni?

“Ini nama manusia tak mahu fikir. Yang pilih Tun M jadi PM ialah rakyat. Kalau nak berperang dengan Tun M dan ugut macam budak-budak sekolah half pass six tu namanya memang berperang dengan rakyat.

“Jangan sampai kami terbalikkan semua teksi dan bakar teksi kalian. Jangan sekali-kali mengapi-apikan perasaan rakyat. Nanti buruk padahnya,” katanya. 

Selain enggan mendengar penjelasan Tun M segelntir pemandu teksi dikatakan  mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising serta bertindak meninggalkan dewan semasa perdana menteri masih berucap berhubung isu e-hailing.

Susulan tindakan tidak dijangka dari sekumpulan pemandu teksi itu, Mahathir meluahkan rasa kesal dan menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) menafikan kumpulan pemandu teksi yang membuat kecoh itu merupakan ahli pertubuhannya dan menganggapnya didalangi pihak tertentu. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.