VIDEO: Dewan Rakyat Kecoh Gara-Gara Pantun Nasihat Menteri Jangan Menipu

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pagi ini kecoh susulan pantun dilontar Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO-Tanjong Karang) ketika mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan.

Ia berikutan pantun diutarakan Noh berbaur provokasi berbunyi ‘Bangun pagi terus bersenam, kaki sakit ubat disapu, soalan saya nombor enam, menteri jawab janganlah tipu’.

Susulan itu, Guan Eng meminta Noh supaya menarik balik pantun itu dan pada masa sama Abdullah Sani (PH-PKR-Kapar) turut ‘menjerit’ menyifatkan pantun itu sebagai sangkaan jahat kepada menteri.

Lain-Lain Berita Menarik;-
Akaun Hasil Tidak Disatukan, Helah Guan Eng Tak Menjadi
Najib Minta Guan Eng Henti Bohong Dan Sandiwara
Tunjuk Bukti Saya Kata SST Akan Turunkan Harga Barang, Kata Guan Eng

Hal ini menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengarahkan Noh menarik balik pantun itu kerana mempunyai andaian menteri akan menipu ketika memberi jawapan.

“Ini menimbulkan isu sangkaan jahat terhadap seorang Yang Berhormat. Tarik balik. Melalui pantun atau sebagainya, intipatinya adalah sangkaan jahat. Tarik balik Tanjong Karang,” tegas Mohamad Ariff.

Walaupun begitu, Noh tetap mempertahankan pantun yang dikemukakan dengan alasan ia sebagai peringatan kepada menteri supaya memberi jawapan yang betul dan tidak menipu.

Selepas berulang kali diasak dan diminta menarik balik oleh Mohamad Ariff, Noh akhirnya menarik balik pantun berkenaan tetapi tetap berkeras mahu menteri memberi jawapan yang tidak mengelirukan dewan.

Dalam soalannya, Noh meminta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan terkini perbincangan kerajaan dengan kerajaan China berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan berapa kos keseluruhan dibelanjakan pemaju projek. – BH

Lain-Lain Berita;-

Biar Lim Guan Eng Bongkarkan Ketidakjujuran Lim Guan Eng – Najib
Nilai Ringgit Turun Namun Berada Pada Prestasi Terbaik, Kata Lim Guan Eng
Lim Guan Eng Ahli Politik Berbakat Dalam Putar Belit dan Menyalahkan Orang Lain – Najib

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.