Wanita Ini Miliki Badan Seksi, Tak Sangka Dia Sudah Ada 7 Anak, Lihat Gambar-Gambarnya

Seorang wanita dan juga ibu yang mempunyai 7 anak membuktikan bahawa sukan yang teratur dan gaya hidup sihat membuatnya kelihatan awet muda.

Jessica Enslow, 43 mengaku telah taksub untuk menurunkan berat badan selepas hamil.

Dilaporkan dari Mirror, dia merasa kesal kerana kesemua seluar jeansnya tidak muat setelah kelahiran bayi pertamanya Alyssa, yang kini berusia 23 tahun.

Gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan bagaimana sukan rutin membuat badan dan penampilannya kelihatan muda.

Jessica Enslow

Ketika bergambar dengan anak sulungnya, mereka kelihatan seperti adik beradik dan bukan ibu dan anak.

Jururawat dari Salt Lake City, Utah, ini dulunya hanya menggunakan DVD untuk bersenam agar kembalikan bentuk tubuhnya semula selepas beberapa kehamilannya namun tidak berjaya.\

Jessica Enslow

Ianya bermula selepas melahirkan anak ketujuh pada tahun 2013,  dia mula melakukan latihan berat di setiap rutin senamannya.

Dia juga mula membuat akaun Instagram untuk mengetahui bagaimana dramatik tubuhnya berubah.

Jessica Enslow

Selepas hamil, Jessica Enslow yang dulu beratnya mencapai 62 kg tapi kini beratnya menurun dan capai 52 kg.

“Saya terkejut dengan lemak yang terkumpul selepas kehamilan pertama saya. Saya ingat lagi, selepas pulang dari hospital saya cuba memakai seluar jeans, tapi saya tidak boleh menariknya ke atas dan ianya hanya sampai ke pertengahan paha.” kata Jessica, yang dipetik oleh Mirror.com.

Jessica Enslow

“Saya merasa tertekan dan tak suka dengan tubuh saya. Saya bertekad bersenam secara teratur untuk menurunkan berat badan,” ungkapnya

“Selepas kehamilan kedua, saya tahu apa yang akan berlaku, jadi saya tidak terkejut atau tertekan. Saya tahu saya terpaksa melakukan senaman keras sekali lagi,”

“Setelah anak kelima dan keenam saya, saya hanya berlari di atas treadmill dan melakukan sit-up setiap hari. Saya tidak benar-benar menyedari komposisi tubuh saya sehingga selepas bayi ketujuh saya lahir, saya mula membuat akaun kecergasan di Instagram.

“Saya mula melakukan beberapa program yang saya dapati di Instagram, Alexa Jean dan Kaylainesines, tetapi saya mula menambah latihan berat badan untuk membantu membentuk badan saya.”

Jessica Enslow

“Kerana kurang konsisten dan tak ada kemajuan, musim sejuk yang lalu saya memutuskan untuk mengupah jurulatih kecergasan selama empat bulan.”

“Latihan ini sungguh sengit, tetapi tubuh saya berubah dengan drastik dalam beberapa bulan sahaja, selama empat bulan yang lalu saya telah melakukan dua atau tiga hari seminggu, dan menyesuaikan diet saya.”

“Memahami bagaimana untuk mengira keperluan pemakanan benar-benar membantu saya mengekalkan bentuk badan saya kerana saya tahu saiz bahagian saya dan jenis makanan yang terbaik untuk badan saya.”

Jessica Enslow

“Saya fikir konsistensi adalah kunci.Kita harus tahu semua makanan ringan boleh menambah berat badan. Perlu konsisten pada diet di mana saya pastikan untuk mendapatkan protein yang cukup bagi  pertumbuhan dan penyelenggaraan otot yang merupakan asas bagi yang ingin turun berat badan.”

“Suami saya selalu mengatakan saya cantik, dan kebanyakan orang mempunyai komen yang baik dan positif di Instagram, tetapi ada beberapa orang yang berfikir negatif, saya fikir komen negatif mencerminkan siapa mereka daripada saya.” katanya.

Walaupun mempunyai tubuh yang diingini, Jessica mengatakan dia masih melihat beberapa kelemahan ketika dia melihat di cermin.

Nasihatnya kepada wanita lain adalah mulai melakukan perubahan kecil dan kemudian menambah usaha lebih banyak lagi selepas itu mereka akan lihat sendiri hasilnya.

Jessica telah memberi inspirasi kepada pengikut Instagram yang mencapai 64.3 ribu di akaunnya, @jessicaenslow.

“Saya masih melihat kekurangan, tapi saya suka mengimbangi kehidupaan keluarga dan kepentingan lain daripada menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk memiliki tubuh sempurna.

“Kebahagiaan tidak hanya bergantung sepenuhnya pada penampilan fizikal anda, jadi pastikan untuk memberi makanan pada diri anda secara emosi dan rohani adalah sama pentingnya,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.