Tular Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya

Aksi sebuah kereta Produa Myvi yang ‘menggila’ di atas jalan raya dengan memandu tanpa hala menjadi tular di media sosial.

Video insiden itu sempat dirakam saksi kejadian menyaksikan sikap pemandu kenderaan berkenaan.

Walau bagaimanapun, lokasi dan masa kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti kerana tiada butiran lanjut.

Orang awam yang berada di tempat kejadian berang dengan tindakan pemandu itu.

“Dia tak boleh pergi mana, rim tayar dia tu,” kata individu yang merakamkan video tersebut.

Beberapa orang awam telah bertindak untuk merosakkan kenderaan itu menggunakan batang kayu dan topi keledar dengan tujuan supaya pemandu tersebut akan keluar dari keretanya.

Turut kelihatan kerosakan kecil di bahagian bumper belakang dan tayar belakang Myvi tersebut, yang berkemungkinan akibat telah melanggar penghadang jalan.

Mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana jika dilihatkan, dia langsung tidak mempedulikan orang awam yang mengamuk kerana tindakannya itu.

Tidak lama kemudian, kereta Myvi itu berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.