Tiga Mangsa Terselamat Tragedi Tanah Runtuh Larikan Diri

GEORGETOWN – Polis giat mengesan tiga mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata ketiga-tiganya melarikan diri selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.

“Kita difahamkan mereka melarikan diri ketika dalam perjalanan pulang ke asrama pekerja selepas menerima rawatan di HPP kerana tidak memiliki dokumen sah.

“Kita sudah mengarahkan anggota menjejaki mereka dan usaha mencari masih diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, seramai 11 pekerja pembinaan yang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik pada jam 8.50 pagi. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.