Potret Mona Lisa Bermisai Dilelong Lebih RM3 Juta

PARIS – Potret Mona Lisa yang berjanggut dan bermisai hasil lukisan semula oleh Marcel Duchamp dijual pada harga USD750,000 (RM3.16 juta) pada lelongan di sini.

Menurut AFP, potret itu sebahagian daripada 110 lukisan koleksi Arthur Brandt dengan nilai keseluruhan mencecah 3.9 juta euro (RM19.41 juta).

Namun begitu, beberapa lukisan terkenal termasuk hasil karya pelukis Francis Picabia yang dianggarkan bernilai 700,000 euro (RM3.48 juta) gagal dijual, lapor BH.

Mona Lisa versi Duchamp itu satu daripada sembilan karya pelukis Perancis berkenaan yang dianggap sebagai bapa kepada aliran seni konseptual.

Lukisan Mona Lisa itu diberi nama “L.H.O.O.Q” atau dalam bahasa Perancis kedengaran seperti frasa ‘elle a chaud au cul” yang bermaksud “wanita itu sedang ghairah”.

Potret berkenaan dihasilkan pada tahun 1964, 45 tahun selepas pertama kali dihasilkan pada tahun 1919.

Antara karya Duchamp turut dilelong pada acara berkenaan termasuk “Boite-en-valise” dengan harga 319,500 euro (RM1.85 juta), lebih RM200,000 dari sasaran harga awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.