Pintu Gerbang Misteri

PERTH – AUSTRALIA. Ahli arkeologi menemui 400 struktur batu misteri di pinggir gunung berapi yang dipercayai berusia sehingga 7,000 tahun di kawasan padang pasir terpencil di wilayah Harrat Khaybar di Arab Saudi.

Struktur batu yang ditemui menggunakan aplikasi Google Earth itu digelar sebagai ‘pintu gerbang’ kerana ia kelihatan seperti objek tersebut jika dilihat dari atas, lapor Sinar.

Ia dibina di kubah lava purba di mana kepanjangan sebahagian daripadanya berukuran empat kali ganda saiz biasa padang bola sepak.

Penyelidik di University of Western Australia, David Kennedy berkata, tujuan binaannya dan usia sebenar struktur tersebut masih tidak diketahui.

“Pintu gerbang tersebut dibina daripada batu manakala dindingnya dihasilkan secara kasar dan rendah. Sisa aliran lava boleh dilihat pada permukaan sebahagian struktur tersebut yang menandakan usianya adalah lebih tua daripada aliran lahar tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, pintu gerbang paling kecil berukuran 13 meter (m) panjang manakala yang terpanjang adalah 518 m, lapor Daily Mail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.