Pepijat Menyerang Wanita Ini Dan Anaknya Dalam Pesawat, British Airways Minta Maaf

Syarikat penerbangan British Airways terpaksa memohon maaf maaf kepada sebuah keluarga Kanada yang digigit pepijat dalam sebuah penerbangan malam.

Heather Szilagyi, terbang dari Vancouver ke London bersama anak perempuannya yang berumur lapan tahun dan tunangnya, pada awal bulan ini, lapor CTV.

Dia mendapati ada pepijat dan melaporkannya kepada krew kabin. Tetapi krew kabin mengatakan bahawa dia tidak dapat menukar kerusi mereka.

Pada pagi harinya, dalam pengakuan Heater Szilagyi, dia dan anak perempuannya bangun dengan badan penuh bekas gigitan serangga.

British Airways kemudian meminta maaf kepada keluarga tersebut.

Image result for pepijat

“Kami telah menghubungi pelanggan kami untuk meminta maaf dan menjalankan siasatan lanjut.

“British Airways mengendalikan lebih daripada 280,000 penerbangan setiap tahun, dan laporan tentang adanya pepijat di kapal, luar biasa dan jarang berlaku.

“Walaupun begitu, kami akan lebih berjaga-jaga dan terus memantau pesawat-pesawat kami.” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut Szilagvi, sebagai orang yang pernah bekerja dalam industri perhotelan, dia dengan mudah dapat melihat sebilangan pepijat di tempat duduk di hadapannya semasa penerbangan.

Dia berkata bahawa dia telah memberitahu krew kabin, tetapi mendapat jawapan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan.

“Krew kabin mengatakan ‘Oh, maaf, pesawat ini penuh. Kami tidak mempunyai tempat lain untuk memindahkan anda,'” kata Szilagyi kepada CTV Vancouver

Image result for pepijat

Apabila mereka mendarat, kata Szilagvi, dia dan anak perempuannya dipenuhi dengan gigitan serangga.

Dia menelefon perkhidmatan pelanggan untuk memaklumkan masalah tersebut dan meminta agar mereka dtempatkan dalam pesawat lain pada masa penerbangan pulang nanti.

Tetapi percubaannya untuk mendapatkan perkhidmatan pelanggan gagal, jadi dia meletakkan gambar tanda gigitan di Twitter.

Syarikat penerbangan tersebut kemudian menghubunginya untuk meminta maaf, dan menjanjikan untuk memindahkan tempat mereka ke kelas perniagaan dalam penerbangan pulang.

“Kami tidak meminta bayaran balik, semua yang kami minta adalah penerbangan pulang dengan pesawat lain, kami ingin memastikan tidak menaiki pesawat yang sama, y ang penuh dengan pepijat itu,” katanya kepada CTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.