Penganggur Nekad Bakar Diri, Isteri Minta Cerai

SEREMBAN — Seorang penganggur parah selepas nekad membakar diri disebabkan isterinya meminta cerai di Taman Seri Pagi, Senawang, semalam.

Insiden berlaku selepas lelaki itu 46, bertengkar dengan isteri yang terpaksa menanggung perbelanjaan rumah kerana dirinya tidak bekerja.

Timbalan ketua polis daerah Seremban berkata lelaki itu kemudian keluar membeli petrol sebelum melumur dan membakar dirinya, lapor Metro.

Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata berdasarkan siasatan insiden malang itu turut disaksikan dua anak lelaki pasangan terbabit.

“Pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan melecur pada badannya,” katanya yang menyiasat kes mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.  

“Punca kejadian bermula akibat pertengkaran mulut yang berkesuduhan lelaki itu membakar dirinya.”

Mangsa yang terbaring di ruang tamu, kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’far. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.