Media Sosial Bantu Saya Ke Rumah Putih Kata Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mempertahankan tindakannya yang kerap menggunakan media sosial, terutama Twitter, dan berkata beliau mungkin gagal ke Rumah Putih tanpa rangkaian itu.

Menurut Reuters, dalam temubual yang disiarkan hari ini dalam Fox Business Network, Trump berkata beliau memintas apa yang disifatkannya sebagai liputan tidak adil media dengan bercakap secara langsung.

“Tweet seperti mesin taip, apabila saya keluarkan, anda terus nampak.

“Saya tidak rasa akan berada di sini jika bukan kerana media sosial,” katanya, menurut transkrip yang disiarkan rangkaian itu, lapor Bh.

Trump menyifatkan akaun media sosialnya di Facebook, Twitter dan Instagram adalah landasan luar biasa.

“Apabila seseorang berkata sesuatu mengenai saya, saya boleh uruskannya.

“Saya tidak dapat melakukannya dengan cara lain,” kata Trump.

Pemimpin Republikan kerap menggesa Trump mengelak atau jarang menggunakan Twitter, dan Trump mengaku sebahagian rakan-rakannya mencadangkan beliau tidak menggunakan media sosial.

Trump selalu meningkatkan serangan lisan di Twitter, terutama kepada media dan pembangkangnya, kerap menyiarkannya pada awal pagi atau lewat petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.