Lelaki Ini Serah Diri Ke Polis, Bawa Plastik Berisi Jasad Anaknya yang Dibunuh 12 Tahun Lalu

Seorang lelaki menyerahkan diri kepada polis selepas membunuh anak perempuannya 12 tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Lin itu, datang ke balai polis sambil membawa beg sampah hitam yang mengandungi badan anak perempuannya ke ibu pejabat polis Sanmin di Taiwan sambil ditemani ibunya.

Polis yang terkejut dengan kandungan balutan plastik terus menangkap lelaki berusia 43 tahun itu.

Seperti yang  dilaporkan Daily Mirror, Lin membunuh anak perempuannya yang masih berusia satu bulan secara tidak sengaja pada 2005.

Lin mengaku, ketika itu dia dalam keadaan marah lalu memukul anaknya kerana tidak berhenti menangis walaupun sudah memberikannya sebotol susu.

Panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, Lin meletakkan mayat anaknya dalam baldi untuk dicuci dan membalutnya dengan menggunakan beg sampah.

Kemudian dia meletakkan mayat anaknya di bawah katil.

Lin memberitahu isterinya isteri, Kuo, 38 bahawa anak mereka dibawa ibunya dengan paksa.

Kejadian ini dilupakan selama lapan tahun, sebelum Lin mengaku tindakannya dan menunjukkan tubuh anak yang berada di bawah tempat tidur mereka.

Pasangan itu pun bercerai pada 2015 selepas dua tahun mereka mendapat anak lagi.

Lin merantau dari bandar ke bandar sambil membawa jasad anaknya yang tetap terbungkus rapi di dalam beg plastik hitam itu.

Namun, lama kelamaan perasaan berdosa mulai menghantui hidupnya.

Akhirnya, Lin nekad menyerahkan diri kepada polis setelah membaca berita tentang orang tua di Taiwan yang membunuh anaknya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.