Lelaki Dirakam Lakukan Hubungan Luar Tabii Dengan Anjing

TELUK INTAN — Seorang lelaki dikesan melakukan hubungan luar tabii dengan anjing berikutan perbuatan itu dirakam CCTV.

Lelaki itu dirakam berbuat demikian di depan pintu pagar sebuah kedai aksesori kereta di Jalan Changkat Jong di sini, lapor Metro.

Pemilik kedai itu mengetahui perbuatan lelaki yang disyakinya gelandangan dan “mungkin” kurang siuman ketika memeriksa CCTV pada jam 8 pagi ketika cuti Hari Deepavali lalu.

“Anjing berkenaan juga tidak dipercayai tidak bertuan dan sering berada di kawasan sekitar,” katanya yang tidak menyangka rakaman tersebut menular di media sosial.

Ketua polis daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzhuki Mohd Nokhtar berkata polis suba mengesan lelaki tersebut walau tiada laporan dibuat setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.