Jika Jadi Calon PAS Bermakna Saya Mengkhianati Rakyat – Mahfuz Omar

ALOR STAR – Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan PAS kerana memutuskan untuk menggugurkan beliau dari bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS Kedah kerana tidak mencalonkan saya sebagai calon.

“Walaupun mereka mencalonkan, saya tidak akan menerima pencalonan kerana saya akan dilihat sebagai mengkhianati rakyat.

“Saya akan menolak pencalonan. Jika saya menjadi calon untuk hanya 40 kerusi parlimen, ini akan memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mengenai sama ada beliau akan menyertai Amanah, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata, ia isu untuk hari yang lain.

Mahfuz diminta mengulas respons Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa beliau akan digugurkan daripada menjadi calon parti dalam PRU14.

Sanusi berkata Mahfuz boleh mencari platform lain, dan PAS akan menamakan calon parti sendiri.

Mahfuz bersama 3 pemimpin PAS lain telah menghadiri konvensyen Amanah kebangsaan di sini semalam.

Mahfuz memberitahu pemberita, beliau berpendapat tidak perlu meninggalkan parti dan masih menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan tidak memecat Mahfuz memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa.

Katanya, PAS mahu menumpukan kepada usaha memenangi pilihan raya umum daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.

“Dia boleh tinggal dalam PAS selagi PAS tak buang dia,” katanya Tuan Ibrahim. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.